Make your own free website on Tripod.com
PAIS IKAN SEMBILANG PUCUK PAKU
Bahan - bahannya :-
5 ekor ikan sembilang
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
3 biji buah keras
1/2 sudu belacan
1 inci kunyit
5 biji cili padi
5 biji cili merah
1 sudu teh ketumbar
1 sudu the lada hitam
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya :-
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, lada hitam,serai,
dan cili merah hingga lumat .
- Masukkan bahan rempah dan air asam jawa ke dalam ikan .
- Kemudian , masukkan garam , gula dan bahan perasa secukup rasa .
- Gaul hingga rata dan sebati .
- Hiris daun kunyit halus - halus .
- Letak pucuk paku ke atas ikan tadi dan balut dengan daun pisang .
- Masak ke dalam ketuhar selama 20 minit .
- Sedia untuk dihidangkan .
 
 
PINDANG TELUR IKAN DAUN KUNYIT
Bahan - bahannya :-
100 gm telur ikan
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 paket santan
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya:-
- Tumbuk bawang merah , bawang putih , cili padi dan kunyit .
- Masukkan garam , gula dan bahan perasa .
- Masukkan santan dalam kuali serta rempah iaitu bahan tumbuk tadi .
- Masukkan asam keping dan daun kunyit yang telah dihiris halus .
- Masak hingga mendidih .
- Sedia untuk dihidangkan .
 
 
KEROPOK GOTE dan SOS
Bahan - bahannya :-

Keropok:
2 cawan isi ikan
2 cawan sagu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Sos:
70 g gula melaka
70 g asam jawa
50 g belacan
4 sudu besar pes cili kering
250 ml air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Cara membuatnya :-
Keropok
-Gaul isi ikan,sagu serta bahan perasa
-kisarbahan diatas sehingga sebati
-Uli bahan tadi sepanjang kira-kira 4 inch
-Belah bahagian tengah seterusnya goreng hingga masak

Sos
- Gaul semua bahan sos dan didihkan sehingga menjadi pekat.
- Sedia untuk dihidangkan